Tuesday, December 28, 2010

About me

Kamu kata dia berani kerana berjalan seorang diri. Yang sebenarnya kamu tidak tahu, dia juga seperti kamu, seperti orang lain. Takut untuk bersendirian, khuatir akan kesunyian. Tapi dia sengaja memilih berjalan berseorangan begitu, tidak berteman. Kerana dia kata ketakutan harus dihadapi untuk menitip keberanian. Kamu tidak lihat tapak tangannya yang berpeluh, kamu tidak dengar jantung dia yang berdegup kuat, kamu tidak tahu hatinya yang terhiris halus. Kerana dalam diam dia rasa bagai ditelan kegelapan. Melihat orang berkumpulan, melihat kekasih berteman, melihat ibu, ayah. dan anak beriringan. Sedang dia berjalan seorang. Itu yang dia belajar. Belajar tidak cemburu dengan kepunyaan orang kerana dia juga punya Tuhan. Belajar tidak berasa kurang kerana dia tetap punya milikan. Lalu di setiap akhir perjalanan, dia akan membisik perlahan; Tuhan, jangan tinggalkan dia dan dia jangan tinggalkan mereka. Dia juga macam kamu, takut bila ditinggalkan, senang bila berteman.

No comments:

Post a Comment